Kerjaya Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Baginda dikenali sebagai seorang yang amat aktif berpersatuan dan sehingga layak untuk dilantik sebagai penaung beberapa badan NGO antaranya ialah

  • Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
  • Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
  • Dewan Perniagaan Melayu Wanita Malaysia (DEWANITAN)

Baginda juga dilantik sebagai Pengerusi dua badan sosial iaitu Pengerusi Alumi La Trobe University dan Pengerusi Yayasan Tuanku Fauizah (YTF). Sehingga tahun 1995, Tuanku Raja Puan Muda memegang jawatan sebagai Pengurus Pentadbiran ASIE Sdn. Bhd. tetapi mengambil keputusan meletakkan jawatan apabila mula mengiringi Tuanku Syed Faizuddin menjalankan tugas baginda di luar negara.[4] Baginda dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2014.[5]